Selasa, 25 September 2012

Refleksi Pengajaran


Saya berpendapat bahawa refleksi pengajaran merupakan pernyataan yang ditulis oleh seorang guru yang menyatakan tentang amalan dan tingkahlaku pengajaran yang telah dilakukan. Refleksi cuba mengupas tentang hasil, akibat dan kesan mengenai sesi pengajaran dan pembelajaran.  Hasil daripada itu, akan terbentuklah kefahaman 'baru', kesedaran, keinsafan dan perubahan pesepsi.
Refleksi Pengajaran dapat menjadikan seorang guru membuat penilaian kendiri. Seorang guru yang mempunyai pemikiran reflektif juga dapar berfikir secara analitis, kreatif dan kritis dalam menambahbaikan sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih bermakna. Semasa menulis refleksi juga, guru dapat menganalisis perkara penting supaya pelbagai alternatif dapat dilihat untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Jalan penyelesaian inilah akan digunakan supaya tingkah laku guru dan murid dapat diubah ke arah yang lebih baik.