Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C
Pengenalan
Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan
yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau
situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta
untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.
Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah
seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada
rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.
Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:
1. Baca dan fahami kehendak atau arahan
soalan
- Baca
soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
- Arahan
meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran
berdasarkan petikan yang diberi.
- Jawapan
itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
2. Mencatat nilai murni atau pengajaran
- Baca dan fahami
kandungan petikan.
- Catat
seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam
petikan.
-
Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai
murni / pengajaran.
- Masa yang
dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini
sekitar lima minit.
3. Menulis ayat lengkap
- Berdasarkan
nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut
tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
- Sebaiknya
setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
- Hendaklah
ditulis dalam satu perenggan.
- Masa yang
dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.
4. Menyemak
- Setelah siap,
baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.
- Semak juga
aspek tatabahasanya.
- Masa yang
dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.
Panduan Menjawab Bahagian C
- Baca arahan dan petikan yang diberi
dengan teliti
- Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat
yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran.
- Tulis semula nilai murni / amalan baik
dengan membefri contoh ayat yang terdapat dalam petikan.
- Tulis pengajaran atau rumusan tentang
petikan.
- Semak semula dengan teliti untuk
memastikan tiada kesalahan ejaan,
tanda baca, struktur ayat dan
imbuhan yang digunakan.
Contoh Soalan dan jawapan:
Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.
Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh
dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
|
Apabila balik dari sekolah,
Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg.
Kakaknya berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.”
Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut
buku-buku ini.”
Liza merupakan anak
yang suka menolong ibu dan ahli
keluarganya yang lain. Liza selalu
menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,
melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik
tidurnya supaya kelihatan
kemas dan bersih. Dia
sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,
kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu
bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat
pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga
merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa
kelihatan bersih dan cantik.
|
LANGKAH 2:
Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang
menunjukkan amalan
baik, nilai murni , faedah atau
pengajaran.
Apabila balik dari sekolah,
Liza mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya dari
beg. Kakaknya berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku
kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang
membalut buku-buku ini.”(berdikari)
Liza merupakan anak
yang suka menolong ibu (tolong-menolong) dan
ahli keluarganya yang lain. Liza selalu
menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,
melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya
(tolong-menolong) mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik
tidurnya supaya kelihatan
kemas dan bersih. Dia
sentiasa menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan
mental) Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan
dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.
Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu
bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama) dan menanam pokok-pokok
bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam
pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka
sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
|
LANGKAH 3:
Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan
memberi contoh ayat
yang terdapat di dalam petikan
- Liza mengeluarkan buku-buku
barunya dari beg (kerajinan)
- Biar saya sendiri yang membalut
buku-buku ini (berdikari)
- Suka menolong ibu.
membantu ayahnya mencuci kereta
(tolong-
menolong)
- Menjaga kebersihan diri (kebersihan
fizikal)
- Rambutnya diikat kemas, kukunya
dipotong (berdisiplin)
- Liza dan keluarganya selalu
bersama-sama membersihkan rumah
(bekerjasama)
|
LANGKAH 4:
Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk
perenggan
Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin
menolong ahli keluarganya patut kita contohi. Dia
juga sentiasa berdikari kerana tidak mengharapkan bantuan
daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak
kerja rumah yang telah
dilakukannya tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka
pada keadaan yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga
kebersihan diri. Dia mengemas bilik tidurnya
dengan rapi apabila bangun dari tidur. Rambutnya diikat
kemas dan kukunya yang dipotong
rapi menunjukkan dia seorang yang
berdisiplin. Pada hari minggu, Liza
dan keluarganya bekerjasama membersihkan rumah.
Rumah mereka yang sentiasa bersih dan
ceria membuatkan jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.
|
Tafsiran Nilai Murni:
BAIK HATI
- Belas kasihan
(Bersimpati
terhadap kesesusahan orang lain)
- Bertimbang rasa
(Mengambil kira keperluan dan perasaan orang
lain apabila membuat sesuatu
tindakan)
- Murah hati
(Memberi
bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya)
- Saling memahami
(Sanggup
memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan
keperluan
masinng - masing)
- Saling bermaafan
(Sanggup
meminta maaf dan memberi kemaafan)
BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri
(Sanggup dan
boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri
(Percaya
kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)
HEMAH TINGGI
- Kesopanan
(Berbudi
bahasa dan beradab dalam pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri
(Sedia
mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra
(Sedia
bergaul mesra dengan semua orang)
HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu
bapa
(Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua,
guru, rakan, jiran tetangga
dan pemimpin
(menunjukkan rasa hormat
kepada kumpulan tersebut dengan memberi
layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara
(Menerima dan
hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran
negeri)
- Kepercayaan
dan adat resam pelbagai keturunan
(Menghormati kepercayaan
dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara
(Mematuhi
undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana
seseorang
itu berada)
- Patuh
kepada ketepatan masa
(Menepati waktu dan menggunakan masa
dengan berfaedah)
KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain
(Menyayangi
diri sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar
(Memelihara
dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk
kesejahteraan
hidup)
KEADILAN
- Adil
(Membuat
pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan
bersesuaian)
- Saksama
(Tidak berat sebelah dalam sesuatu
tindakan dan keputusan sama
ada dalam
memberikan ganjaran atau hukuman)
KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak
melanggar batas peraturan dan
undang-undang yang tersurat
dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
masyarakat, negara dan agama
KEBERANIAN
- Berani mencuba
(Berani melakukan sesuartu perkara yang
baru dan mencabar untuk kebaikan
diri
sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar
(Berani
mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan
menunjukkan
bukti yang nyata)
KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
- Kebersihan diri
(Kebersihan
anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran
(Pemeliharaan
alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada
kekotoran
dan pencemaran)
- Kebersihan mental
(Pertuturan
dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh
seseorang
dalam hubungannya dengan orang lain)
KEJUJURAN
- Amanah
(Bertanggungjawab
dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
dan dapat menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain)
- Bercakap benar
(Menyatakan
perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung)
- Ikhlas
(Melakukan
sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)
KERAJINAN
- Daya usaha
(Berusaha
bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan
sesuatu yang berkualiti)
- Dedikasi
(Berminat
dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
yang berfaedah)
KERJASAMA
- Gotong-royong
(Melakukan
sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)
- Toleransi
(Bertolak
ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
berlakunya perselisihan)
- Perpaduan
(Bersefahaman
dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara dan
antarabangsa)
KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
(Bertutur
dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta
menyinggung
perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan
dalam menimbangkan kepentingan diri dan
kepentingan orang lain
(Membuat
pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri
sendiri dan orang lain)
KESYUKURAN
- Berterima kasih
(Melahirkan
perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu
jasa, sumbangan dan pemberian)
PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara
(Mempunyai
semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan,
nama baik
negara)
RASIONAL
- Membuat pertimbangan
(Berupaya
mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan)
SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat
(Mengutamakan
persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi
kepentingan
bersama)
- Kejiranan
(Berbaik-baik,
bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
(Menyedari masalah masyarakat dan sedia
berusaha menyelesaikannya)
|