Rabu, 21 November 2012

Kesalahan Lazim Dalam Bahasa Melayu

Kata Pemeri ialah dan adalah.
Kata pemeri ialah mesti diikuti oleh kata nama.

contoh:
i.Bola sepak adalah sukan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia.(salah)
ii.Bola sepak ialah sukan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. (betul)

iii.Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia.(salah)
iv.Kuala Lumpur ialah ibu negara Malaysia. (betul)

Kata pemeri adalah mesti diikuti oleh kata adjektif dan kata sendi nama.

Contoh:
i.Tuduhan yang dilemparkannya kepada saya ialah palsu.(salah)
ii.Tuduhan yang dilemparkannya kepada saya adalah palsu. (betul)

iii.Tarikh bangunan itu dijangka siap ialah pada 12 Disember 2012.(salah)
iv.Tarikh bangunan itu dijangkan siap adalah pada 12 Disember 2012(betul).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan