NOTA


MBUHAN ‘meN-...-kan’ DAN ‘meN-...-i’
Imbuhan apitan meN-, meN-...-kan dan meN-...-i akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan  objek atau penyambut sebagai unsur predikatnya.
1. Kata Kerja apitan ‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘
                meN-...-kan = 2 objek (objek tepat dan objek sipi)
                meN-    =  1 objek dan frasa keterangan
                contoh: Pah Tijah membuatkan [Pak Mansor] [secawan kopi]
                                                                                    objek tepat             objek sipi
               
                Pah Tijah membuat [secawan kopi] untuk Pak Mansor.
                                                                Objek tepat         frasa keterangan


Imbuhan meN-...-kan
Imbuhan meN-
Naseer mencarikan Pak Zul akar Tongkat Ali.
Naseer mencari akar Tongkat Ali untuk Pak Zul
Ibu memasakkan bapa bubur kacang.
Ibu memasak bubur kacang untuk bapa.
Nazimah menjahitkan Hanif sehelai baju.
Nazimah menjahit sehelai baju untuk Hanif.
Min membelikan Syarifah senashkah majalah.
Min membeli senashkah majalah untuk Syarifah.

Kekecualian:
Terdapat kekecualian bagi rumus di atas bagi kata dasar beri dan ajar yang menerima imbuhan apitan meN-...-kan dan meN-
Contoh:                Kakak memberikan segelas air [kepada adik.]
                                                                            Objek          frasa keterangan
                                Kakak memberi adik [segelas air.]
                                                            Objek  tepat     objek sipi
                                Kakak mengajarkan Matematik kepada adik.
                                Kakak mengajar adik Matematik.

2. Kata kerja meN-...- kan dan meN-...-i dari segi kedudukan objek tepat dan objek sipi.

  • Kedua-dua jenis imbuhan ini boleh digabungkan dengan kata dasar yang sama.
  • meN-...-kan akan diikuti oleh objek tidak bernyawa (benda)
  • imbuhan meN-...-i pula akan menerima 2 objek (objek tepat [objek bernyawa] dan objek sipi)

Contoh: Baginda mengurniakan [hadiah] kepada pembesar istana itu.
                                                   KKT                  Objek             Frasa keterangan

                  Baginda mengurniai [pembesar istana itu] [hadiah].
                                                  KKT                    objek tepat                 objek sipi





Imbuhan meN-...-kan
Imbuhan meN-...-i
Puan Zu menghidangkan ayam goreng kepada kami.
Puan Zu menghidangi kami ayam goreng.
Sultan Kedah menganugerahkan bintang kehormatan kepada Perdana Menteri.
Sultan Kedah menganugerahi Perdana Menteri bintang kehormatan.
Ketua kampung menghadiahkan basikal kepada murid miskin.
Ketua kampung menghadiahi murid miskin sebuah basikal.

3. Kata kerja meN-...-kan dan meN-...-i dari sudut makna (semantik).
                Dari segi semantik iaitu makna, perkataan dasar yang bergabung dengan imbuhan meN-...-kan atau meN-...-i  juga membawa pengertian makna yang tidak sama. Oleh itu, rumus-rumus yang diterangkan di atas tidak boleh digunakan untuk kata dasar yang tidak sama dari segi makna apabila bergabung dengan imbuhan meN-...-kan dan meN-...-i. Contoh perkataan-perkataan itu adalah seperti yang berikut ini.

Kata dasar
Imbuhan apitan: meN-...-kan dan meN-...-i
turun
menurunkan – menuruni
masuk
memasukkan – memasuki
serta
menyertakan – menyertai
kahwin
mengahwinkan – mengahwini
jalan
menjalankan – menjalani
naik
menaikkan - menaiki

Contoh ayat:
Pemandu teksi itu menurunkan penumpang di hadapan bangunan itu. (menyuruh penumpang turun)
Bas yang sarat dengan penumpang itu menuruni jalan yang curam itu dengan lajunya. (turun melalui jalan yang curam).
  • Ibu memasukkan garam secukup rasa ke dalam gulai ayam itu. (membawa masuk garam, mengisi garam)
Siti akan memasuki acara lumba lari 100 meter. (mengambil bahagian dalam acara lumba lari)
  • Bapa menyertakan wang tunai bersama-sama dengan surat itu. (mengirimkan wang tunai bersama-sama, mengembarkan wang tunai bersama-sama)
Murid-murid itu akan menyertai acara larian maraton di Kuala Lumpur. (mengikut serta, mengikuti acara larian).
  • Pak Abu hendak mengahwinkan anak perempuannya dengan anak orang kaya itu.(menjadikan anaknya berkahwin)
Pak Abu mengahwini janda muda itu setelah isterinya meninggal dunia. (berkahwin dengan janda muda)
  • Para doktor bertungkus lumus menjalankan pembedahan itu. (melaksanakan pembedahan)
Pak Hassan telah selamat menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara.(mengalami atau melalui pembedahan jantung).
  • Ahli Pengakap itu menaikkan bendera Malaysia semasa perhimpunan sekolah. (menjadikan bendera naik)
Beberapa orang murid berebut-rebut untuk menaiki bas yang penuh dengan penumpang itu.(naik bas)


Nota:  Penjodoh Bilangan
1.      Kata bilangan kadangkala disertai penjodoh bilangan.
2.      Letak penjodoh bilangan ialah selepas kata bilangan.
Contohnya:  Ayah membeli dua sikat pisang.
3.       Ada masanya penjodoh bilangan tidak digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.
Contohnya:  i.  Semua orang peserta sudah bersedia.  (salah)
                   ii.  Semua peserta sudah bersedia.  (betul)
4.       Yang berikut adalah penjodoh bilangan dan penggunaannya serta contoh.
·         Baris  - untuk benda atau manusia yang berbaris. 
          Contohnya:  Sebaris rumah kedai terbakar semalam.
·         Batang – untuk benda-benda yang panjang.  
          Contohnya:  Kakak menyimpan sebatanglilin.
·         Bentuk – untuk benda-benda yang berkeluk.  
          Contohnya:  Hamdi menyarungkan sebentuk cincin berlian di jari isterinya.
·         Bidang – untuk benda-benda yang luas. 
          Contohnya:  Pak Samad mendirikan rumah di atas sebidang tanah.
·         Biji – untuk benda yang kecil-kecil.  
          Contohnya:  Adik telah memecahkan sebiji cawan
·         Bilah – untuk benda-benda yang tajam dan runcing. 
          Contohnya:  Datuk sedang mengasah sebilah kapak.
·         Buah – untuk benda yang tidak tentu bentuknya atau jenisnya. 
          Contohnya:  Abang menghadiahi adik sebuah radio.
·         Buku – untuk benda-benda yang berbongkah. 
          Contohnya:  Ai Ling membeli sebuku sabun.
·         Bungkus – untuk benda-benda yang dibalut.  
          Contohnya:  Dia bersarapan dengan sebungkus mi goreng.
·         Butir – untuk benda-benda yang bulat atau kecil.  
          Contohnya:  pihak polis menjumpai sebutir peluru yang digunakan oleh perompak itu.
·         Carik – untuk benda-benda yang dikoyakkan. 
          Contohnya:  Dia menulis alamatnya atas secarik kertas.
·         Cucuk – untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi.  
          Contohnya:  kanak-kanak itu makan beberapa cucuk sate ayam.
·         Das – untuk bunyi tembakan senapang atau meriam.  
          Contohnya:  Pemburu itu melepaskan sedas tembakan ke arah haiwan buruan.
·         Ekor – untuk binatang.  Contohnya:  Asmah memelihara dua ekor arnab.
·         Gugus – untuk buah-buahan atau kumpulan benda-benda.  
          Contohnya:  Segugus langsat habis dipijak oleh budak itu.
·         Helai – untuk benda-benda yang lebar dan tipis.  
          Contohnya:  Badar memasukkan duahelai wang kertas ke dalam sampul raya.
·         Hiris – untuk benda-benda yang dipotong nipis-nipis. 
          Contohnya:  saya makan sehiris betik sebagai pencuci mulut.
·         Ikat – untuk benda-benda yang diikat.  
          Contohnya:  Mak Limah menjunjung seikatkayu api.
·         Jambak – untuk benda yang berangkai-rangkai.  
          Contohnya :Mazlan keciciran sejambak kunci semalam.
·         Kaki – untuk payung dan bunga.  
          Contohnya:  Penari itu menyelit sekaki bunga di sanggulnya.

Terdapat banyak lagi penjodoh bilangan seperti kawan, kelompok, keping, ketul, kotak, kuntum, laras, naskah, orang, pasang, patah, potong, pucuk, rawan, tandan, tangkai, ulas, urat dan utas yang tidak dapat disertakan dengan contoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan