PANTUN

Koleksi Pantun Nasihat

Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu;
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Banyak sayur dijual di pasar
Banyak juga menjual ikan
Kalau kamu sudah lapar
Cepat cepatlah pergi makan

Kalau harimau sedang mengaum
Bunyinya sangat berirama
Kalau ada ulangan umum
Marilah kita belajar bersama

Hati-hati menyeberang
Jangan sampai titian patah
Hati-hati di rantau orang
Jangan sampai berbuat salah

Buah berangan dari Jawa
Kain terjemur disampaian
jangan diri dapat kecewa
Lihat contoh kiri dan kanan

Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian

Kemana kancil kita kejar
Kedalam pasar kita mencari
Ketika kecil rajin belajar
Setelah besar senanglah diri

Tumbuh melata si pokok tebu,
Pergi ke pasar membeli daging;
Banyak harta tiada ilmu,
Bagaikan rumah tiada dinding.

Pinang muda dibelah dua,
Anak kijang mati dilapah;
Dari muda sampai ke tua,
Ajaran baik jangan diubah.


3 ulasan:

  1. Saya suka baca pantun terutama yang berkenaan dengan alam semula jadi. Sila tambah lagi berbagai-bagai jenis pantun lagi. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Terima Kasih kepada yang bagi pantun ni ye

    BalasPadam