PERIBAHASA


1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.
 
 1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

48 ulasan:

  1. great!!but mcm mne nak hafal kesemuanye??sebab sye nie baru darjah 6 di tahun 2016

    BalasPadam
  2. boleh saya tanya , apa beza Simpulan Bahasa dan Peribasa ?
    harap boleh tolong balas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. it's really easy peasy . Remember ! peribahasa yg pnjang² example bagai mencencang air..bagai kera mendapat bunga..bagai si kudung mendapat cincin...klu simpulan bahasa..yg pndek²ingt je..simpulan means SIMPLE . Example : buah hati..ulat buku..buruk siku...

      sye just blajar sndiri .. ..n try your best ! :')

      Padam
    2. it's really easy peasy . Remember ! peribahasa yg pnjang² example bagai mencencang air..bagai kera mendapat bunga..bagai si kudung mendapat cincin...klu simpulan bahasa..yg pndek²ingt je..simpulan means SIMPLE . Example : buah hati..ulat buku..buruk siku...

      sye just blajar sndiri .. ..n try your best ! :')

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Simpualan bahasa dlm peribahasa, yg panjang panjang, (bagai mencencang air..) Itu adalah perumpaan,. Jadinya, simpulan bahasa, perumpaan, slogan.. Adalah dlm peribahasa ^_^

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    6. Peribasasa tuh ibu kepada simpulan bahasa , bidalan , pepatah dan lain lain lagi...

      Padam
  3. boleh saya tanya , apa beza Simpulan Bahasa dan Peribasa ?
    harap boleh tolong balas :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perribahasa ada 5 komponen.
      Salah satu komponennya ialah simpulan bahasa. :)

      Padam
    2. CIKGU,SAYA MUSYKIL KERANA ADA GAMBAR MENUNJUKKAN BEBERAPA EKOR ANAK AYAM BERKELIARAN.APAKAH PERIBAHASA YANG SESUAI?
      HARAP CIKGU DAPAT MEMBALAS

      TERIMA KASIH

      Padam
  4. ASSALAMUALAIKUM.
    NK TANYA APA MAKSUD KAIS PAGI MAKAN PAGI,KAIS PETANG MAKAN PETANG
    HARAP BALAS YE

    BalasPadam
  5. Mahu tanya sikit, jika rajah sekumpulan budak sekolah membaca sama sama di stesen bas, apa peribahasa yg sesuai,.. Sbb saya rujuk buku rujukan, search Google,.. Masih belum jumpa yg sesuai, ..please, ada sesiapa tahu. :)

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Simpulan bahasa boleh ke guna dalam peribahasa?

    BalasPadam
  8. Saya darjah 6. Apa makud peribahasa ni "bagai bulan jatuh ke riba" soalan ni masuk upsr

    BalasPadam
  9. Apakah maksud berhati walang harap boleh jawab

    BalasPadam
  10. Terima kasih utk peribahasa di atas!!😁😁😁

    BalasPadam
  11. So easy peasy...senang la upsr nanti...tengok sini ja and hafal...

    BalasPadam
  12. Saya nk satu ulasan tentang buah pisang tolong saya nk juga ulasan itu untuk tahun6

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balas lah cepat iam waitting for your answer please

      Padam
  13. Banyaknya kena hafal.Boleh bagi tips tak��

    BalasPadam
  14. boleh bgitau maksud'hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri.

    BalasPadam
  15. SITUASINYA BEGINI,SAYA ADA 'BH'DIDIK YG DIAJAR DI SEKOLAH.IA MENUNJUKKAN GAMBAR BEBERAPA EKOR ANAK AYAM YG BERKELIARAN.APAKAH PERIBAHASA YG SESUAI ?
    TOLONG BALAS.

    TERIMA KASIH

    BalasPadam
    Balasan
    1. 差评👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎👎

      Padam
    2. Saya rasa yang awak kata tu peribahasa dia ialah seperti anak ayam kehilangan ibu. Harap boleh bantu.😊

      Padam
  16. Kalau nk tahu peribahasa yg itu fikir lh guna otak👎👎👎👎👎

    BalasPadam
  17. Salim hanya melihat Kawan nya membantu guru dan ibubapa menceriakan kelas. Dia tidak turut serta walaupun disuruh oleh ali! Cikgu apakah pribahasa yang sesuai

    BalasPadam
  18. Suka memberi alasan bila disuruh kerja

    BalasPadam
  19. terima kasih ! amat berguna utk sy dan rakan rakan 😊

    BalasPadam