Sabtu, 27 Oktober 2012

Panduan Menjawab Bahagian C

Panduan Menjawab Bahan Rangsangan Bahagian C

Pengenalan
Calon diminta untuk membuat rumusan berdasarkan bahan yang diberikan dalam bahagian ini. Calon ada diberikan rangsangan atau situasi dalam bentuk petikan, puisi, rencana dan sebagainya. Calon diminta untuk membuat rumusan dalam lingkungan 50 perkataan.

Perkara yang perlu dicari daripada petikan ialah seperti Nilai Murni, Amalan Baik, Faedah dan juga Pengajaran daripada rangsangan atau situasi yang diberikan tadi.

  Langkah-langkah yang dicadangkan ialah:

  1.  Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
       -  Baca soalan dengan teliti dan fahami arahannya.
       -  Arahan meminta anda menulis beberapa nilai atau pengajaran
          berdasarkan petikan yang diberi.
       -  Jawapan itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.

  2.  Mencatat nilai murni atau pengajaran
       -  Baca dan fahami kandungan petikan.
       -  Catat seberapa banyak nilai murni / pengajaran yang terdapat dalam
          petikan.
       -  Dicadangkan anda mencari dan mencatat sekurang-kurangnya lima nilai
          murni / pengajaran.
       -  Masa yang dicadangkan untuk mencari dan mencatat nilai murni ini
          sekitar lima minit.

  3.  Menulis ayat lengkap
       -  Berdasarkan nilai murni / pengajaran, tulis dan nyatakan keterangan lanjut
          tentang nilai murni / pengajaran dengan menggunakan ayat sendiri.
       -  Sebaiknya setiap nilai murni / pengajaran itu disertakan contoh.
       -  Hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
       -  Masa yang dicadangkan untuk mengarang ialah 10 minit.

  4.  Menyemak
       -  Setelah siap, baca dan pastikan ayat yang digunakan lengkap dan mengikut strukturnya.
       -  Semak juga aspek tatabahasanya.
       -  Masa yang dicadangkan untuk menyemak ialah 5 minit.


  Panduan Menjawab Bahagian C

  -  Baca arahan dan petikan yang diberi dengan teliti
  -  Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan nilai murni, amalan baik, faedah atau pengajaran.
  -  Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan membefri contoh ayat yang terdapat dalam petikan.
  -  Tulis pengajaran atau rumusan tentang petikan.
  -  Semak semula dengan teliti untuk memastikan tiada kesalahan ejaan,
     tanda baca, struktur ayat dan imbuhan yang digunakan.





  Contoh Soalan dan jawapan:

  Latihan 1: Baca arahan dan soalan dengan teliti.

Tulis beberapa nilai murni/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg.  Kakaknya  berkata, “Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”

Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu  dan  ahli keluarganya  yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

  LANGKAH 2:
  Gariskan perkataan / rangkai kata / ayat yang menunjukkan amalan
  baik, nilai murni , faedah  atau  pengajaran.

Apabila  balik  dari  sekolah,  Liza  mengeluarkan buku-buku (kerajinan) barunya  dari  beg.  Kakaknya  berkata, “ Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”(berdikari)

Liza  merupakan  anak   yang  suka  menolong  ibu (tolong-menolong)  dan  ahli keluarganya  yang  lain.  Liza  selalu  menolong  ibunya   mencuci pinggan  mangkuk,  melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya (tolong-menolong)  mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya    kelihatan    kemas   dan   bersih.  Dia   sentiasa   menjaga kebersihan diri.(kebersihan fizikal dan mental)  Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin) dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah (bekerjasama)  dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

  LANGKAH 3:
  Tulis semula nilai murni / amalan baik dengan memberi contoh ayat
  yang terdapat di dalam petikan

  -  Liza  mengeluarkan buku-buku barunya  dari  beg  (kerajinan)
  -  Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini (berdikari)
  -  Suka  menolong  ibu.  membantu ayahnya mencuci kereta     
     (tolong- menolong)
  -  Menjaga kebersihan diri (kebersihan fizikal)
  -  Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong (berdisiplin)
  -  Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah
     (bekerjasama)

  LANGKAH  4:
  Tulis semula maklumat yang disusun dalam bentuk perenggan

Liza seorang budak yang baik. Sikapnya yang rajin menolong  ahli  keluarganya  patut kita  contohi. Dia juga sentiasa berdikari kerana tidak  mengharapkan  bantuan daripada orang lain, malah dia sendiri yang melakukannya. Banyak   kerja   rumah   yang   telah  dilakukannya  tanpa suruhan sesiapa. Dia juga tidak suka  pada  keadaan  yang kotor dan tidak teratur. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri.  Dia  mengemas  bilik  tidurnya  dengan  rapi  apabila bangun dari tidur. Rambutnya  diikat kemas  dan  kukunya yang   dipotong    rapi  menunjukkan   dia  seorang   yang berdisiplin.   Pada  hari  minggu,  Liza  dan   keluarganya bekerjasama membersihkan rumah.  Rumah  mereka  yang sentiasa  bersih  dan  ceria  membuatkan  jiran-jirannya menyukai mereka sekeluarga.


  Tafsiran Nilai Murni:

  BAIK HATI
  -  Belas kasihan
    (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
  -  Bertimbang rasa
    (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu      
      tindakan)
  -  Murah hati 
     (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya)
  -  Saling memahami 
    (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan    
      keperluan masinng - masing)
  -  Saling bermaafan 
    (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)


  BERDIKARI
  -  Berupaya bertindak sendiri
    (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa  mengharapkan orang lain)
  -  Yakin pada diri sendiri
    (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)


  HEMAH TINGGI
  -  Kesopanan
    (Berbudi bahasa dan beradab dalam  pergaulan)
  -  Mengakui kesalahan sendiri
    (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta  sanggup menerima nasihat)
  -  Ramah mesra
    (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)


  HORMAT-MENGHORMATI
   -  Ibu bapa
      (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
  -  Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga 
       dan pemimpin
     (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
       layanan yang baik)
  - Institusi kerajaan dan Negara
     (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran      
      negeri)

  - Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
     (Menghormati  kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
  -  Patuh kepada undang-undang negara
     (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana   
       seseorang itu berada)
  - Patuh kepada ketepatan masa
     (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)

  KASIH SAYANG
  -  Sayang diri sendiri dan orang lain
     (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
  -  Sayang akan alam sekitar
     (Memelihara dan memulihara  kehidupan flora dan fauna untuk
      kesejahteraan hidup)

  KEADILAN
  -  Adil
   (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan       
    bersesuaian)
 -  Saksama
    (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama    
     ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)


  KEBEBASAN
  -  Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
     undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
     masyarakat, negara dan agama


  KEBERANIAN
  -  Berani mencuba
     (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan
      diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)
  -  Berani kerana benar
     (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan 
      menunjukkan bukti yang nyata)



  KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
  -  Kebersihan diri
     (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
     untuk hidup sihat)
  -  Kebersihan persekitaran
     (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada  
      kekotoran dan pencemaran)
  -  Kebersihan mental
     (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh
      seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)


  KEJUJURAN
  -  Amanah
     (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
     dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
  -  Bercakap benar
     (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung)
  -  Ikhlas
     (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)      


 KERAJINAN
  -  Daya usaha
     (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
     inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti)
  -  Dedikasi
     (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
     yang berfaedah)


  KERJASAMA
  -  Gotong-royong
     (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)
  - Toleransi 
     (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
     berlakunya perselisihan)
  -  Perpaduan
     (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
     masyarakat, negara dan antarabangsa)


  KESEDERHANAAN
  -  Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
     (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta  
      menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)
  - Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan 
     kepentingan  orang lain
    (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri
     sendiri dan orang lain)


  KESYUKURAN
  -  Berterima kasih
     (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
     penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)


  PATRIOTISME
  -  Semangat cintakan negara
    (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan,
     nama baik negara)


  RASIONAL
  -  Membuat pertimbangan
     (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat   
      keputusan)


  SEMANGAT BERMASYARAKAT
  -  Bermuafakat
     (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi
      kepentingan bersama)
  -  Kejiranan 
     (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
     dengan jiran tetangga)
  -  Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
     (Menyedari masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)         




Khamis, 18 Oktober 2012

Set Induksi


MyBlog Bahasa Melayu Tahun 6: Kata Kunci Bhg.C

MyBlog Bahasa Melayu Tahun 6: Kata Kunci Bhg.C

Kata Kunci Bhg.C


Kata Kunci Penulisan Bahagian C

Terdapat beberapa nilai murni/pengajaran dalam petikan. Antaranya kita hendaklah (Ingat)


Penanda wacana
(Ingat)
Kata Bantu
(Ingat)
Nilai Murni/
Pengajaran (Cari)
Idea teks / Merujuk petikan (Cari)

Antaranya
Hendaklah




Kita juga haruslah/
Kita janganlah


Selain itu,
Kita patutlah



Seterusnya,
Kita sewajarnya



Akhir sekali,
Kita mestilah




Terdapat beberapa nilai murni dalam petikan. Antaranya, kita hendaklah……………………
 Kita juga haruslah/janganlah …………………………… Selain itu kita sepatutnya ………………..
 Seterusnya , kita sewajarnya …………………………………………………..     Akhir sekali…………….
…………………………………………………………

Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu

Pertandingan bercerita Bahasa Melayu anjuran Panitia BM antara lain bertujuan memilih peserta mewakili sekolah ke peringkat Zon.Pertandingan bercerita kali mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelajar. Seramai 23 orang peserta dari Tahap 1 dan 15 orang peserta dari Tahap 2.







Penulisan Bahagian C


Bahagian C
Tuliskan  lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada pertikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.


          Apabila kita bercakap tentang pemakanan seimbang, kita tidak boleh lari daripada menyentuh tentang buah-buahan dan sayur-sayuran. Kedua-dua jenis makanan ini buka sahaja berkhasiat tetapi juga enak rasanya, selain warnanya yang menarik dan mudah didapati.
          Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber utama zat makanan seperti karbohidrat, protein,gentian, vitamin dan mineral, terutamanya kalsium.Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mengandungi kolesterol dan sangat rendah kandungan lemak, kalori dan natrium.
          Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kekacang, bayam, labu, timun, jambu b atu dan betik amat murah dan mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat tempatan. Kita juga boleh menanamnya di perkarangan rumah. Persekitaran rumah bertambah ceria dengan pokok-pokok ini. Kita dapat berjimat di samping mengawal penggunaan racun serangga perosak.
          Faedah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran memang banyak sekali. Antaranya ialah menghilangkan dahaga dan rasa lapar, merangsangkan sistem  penghadaman dan membantu mencegah sembelit. Di samping itu, kajian juga menunjukkan bahawa memakan buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko menghidap masalah system penghadaman dan beberapa jenis penyakit barah.
          Kita berharap amalan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran  akan diamalkan oleh semua untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.