Jumaat, 23 November 2012

Peraturan Hukum D-M

D - M bermaksud diterangkan(D) dan menerangkan(M). Dalam peraturan unsur ini unsur yang diterangkan itu merupakan inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur  penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Contoh :
Frasa Nama
Diterangkan (inti)
Menerangkan (penerang)
Orang
Askar
Kelapa
Pam
Serbuk
Jentera
guru
lelaki
Melayu
sawit
angin
perasa
pendingin
bahasa


Mengikut peraturan ini penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan hukum D-M adalah salah dan tidak dapat diterima, seperti dalam contoh-contoh yang berikut; Aminah Restoran, Gigi Klinik, Kerinting Rambut Salon kerana intinya terletak di bahagian belakang.

Kekecualian Hukum D-M

Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali pada nama-nama jawatan .
Contoh;
Frasa Nama
Menerangkan (penerang)
Diterangkan (inti)
Perdana
Timbalan
Naib
Naib
Naib
Timbalan
Pembantu
ibu
Menteri
Menteri
Presiden
Yang dipertua
Canselor
Pengerusi
Penyelidik
pejabat
Sumber : Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul hamid Mahmood, Tatabahasa Dewan, Edisi Baru(1996)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan